|
Penyakit
Batu Karang
Pengenalan
: Batu Karang dalam Ginjal (Buah Pinggang)
Apa dia Batu karang dalam
Ginjal?
Batu yang terdapat dalam ginjal
atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang"
terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa
jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium
oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah
asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.
Saiz batu karang ini ada yang
halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf.
Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian
bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana
ianya menjadi bertambah besar.
Kesulitan akan timbul apabila
batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan
ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini
boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan
merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan
mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati
segera.
Adakah batu dalam ginjal
penyakit biasa ?
Kejadian batu dalam ginjal
ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah
dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah
penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal
ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya.
Sesetengah orang mengalami
kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih
dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu
dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup.
Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai
yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita.
Ada diantara penyakit batu
karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika
terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan
anda, mintalah nasihat daripada doktor anda.
Apakah tanda-tandanya ?
Batu dalam ginjal jarang-jarang
menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi
apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam
ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang
amat sangat \akan dirasai dan pendarahan biasanya
berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.
Dalam sesetengah kes, batu
itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan
apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda
seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang
air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk.
Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.
Bagaimana batu dalam ginjal
itu diubati ?
Pengubatan penyakit ini berbeza
mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batu-batu
ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya
ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam
hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak,
sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan
ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi
mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan
pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah
menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu
untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya
batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan
pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit
ini.
Pengubatan telah berjaya didapati
untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam
kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu
besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit,
suatu pembedahan adalah perlu.
Adalah penting diigati bahawa
penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang
hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku,
maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi
lagi.
|
Quote
|
|
I
do the very best I know how- the very best I
can; and I mean to keep on doing so until the
end...
|
Borang
Pesanan
|